Isnin, 17 Oktober 2011

KUCING MISTERI GANGGU RODY KRISTAL


Kisah romantika hidup Rody dari kumpulan Kristal yang pernah disiarkan di myartis kira-kira lapan tahun dahulu. Mungkin ada sesuatu yang dapat kita pelajari daripada romantika hidup ini sebagai pedoman atau panduan di masa depan.




"Selama kami berpindah setelah hampir setahun, itulah pertama kali saya bersama keluarga pulang semula ke rumah lama kami yang teletak di Kampung Pandan, Kuala Lumpur untuk mengambil saki-baki barang yang tertinggal.

"Sesampai aja di muka pintu saya dapati dalam rumah dipenuhi dengan anak kucing, tanpa menghiraukannya saya terus masuk ke bilik mencari barang yang ingin saya ambil.

"Keadaan yang sama juga berlaku dalam bilik, namun saya berjaya menghalau ke semua anak kuching itu keluar tanpa sebarang masalah. Bagaimanapun apabila sampai di bahagian bawah katil saya tidak dapat mengambil apa yang saya inginkan kerana terdapat ibu kucing di situ.

"Meskipun dihalau, namun ia tetap tidak berganjak. Kerana bengang, saya kemudian minta bantuan daripada ayah untuk menghalau kucing tersebut yang nampaknya enggan berganjak.

"Yang peliknya, kucing itu tiba-tiba merenung tajam pada kami sambil matanya bertukar menjadi merah menyala. Saya yang memandang terus ke matanya pantas dihalang oleh ayah yang mengatakan ia bukan kucing sebarangan. Hanya setelah ayah membaca ayat kursi, barulah kucing itu lari lintang-pukang keluar dari rumah.

"Melihat kejadian itu saya jadi takut. Badan mula terasa seram sejuk. Dengan pantas saya cepat-cepat meninggalkan rumah tersebut untuk bertanyakan hal itu pada jiran sebelah.

"Hasilnya, memang benar kata ayah yang kucing itu bukan kucing biasa. Dakwa jiran, kucing itu adakalanya dilihat sebesar anjing dan pernah mengaum seperti harimau.

"Tambah mereka sejak kami berpindah, tiba-tiba saja kucing itu muncul entah dari mana. Sejak itu mereka jadi takut untuk menjenguk rumah kami yang telah terbiar hampir bertahun itu," cerita Rody.