Khamis, 1 Mei 2008

WEDDING OF THE YEAR 2003



Tempat: Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur
Acara: Persandingan ala 'garden party'
Tarikh: 21 Jun 2003
Tarikh nikah: 15 Jun 2003 (sempena tarikh hari lahir Yusry yang ke-30)

Info: Pertunangan Erra dan Yusry pada Mac 2003. Yusry telah menyerahkan sepertiga daripada wang hantaran berjumlah RM11,111.11 kepada pihak Erra dan bakinya RM22,222.22 pula diserahkan pada hari pernikahan.

Seterusnya, hampir 3 juta pelawat melayari laman myartis dalam masa dua hari semata-mata untuk menatap beratus gambar eksklusif persandingan ala 'garden party' Erra dan Yusry. Lebih istimewa, myartis merupakan media pertama yang menyiarkan gambar-gambar tersebut pada hari yang sama sebelum ianya disiarkan oleh TV, akhbar dan majalah keesokkannya... Jom imbas..!!


CORAT-CORET:

1. Peminat Erra telah datang ke Tasik Permaisuri sejak jam 10 Pagi. Antara mereka ada yang datang dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

2. Hujan lebat telah turun sejak jam 3.20 Petang hingga 5.40 Petang. Kira-kira 6,000 peminat dilihat tidak berganjak meskipun terpaksa basah kuyup dan ada yang kerugian kerana telefon bimbit, kamera dan barangan lain rosak dimasuki air.

3. Pada jam 5.55 Petang, Erra dan Yusry muncul menuju pentas persandingan sekaligus membuat suasana hingar-bingar tidak terkawal. Ada kalangan peminat yang hampir pengsan akibat dihimpit ribuan peminat lain yang terlampau ghairah.

4. Beberapa orang peminat yang bernasib baik telah diberi peluang menepung tawar Erra dan Yusry. Ada antara mereka yang kelihatan menangis kerana terlalu gembira apabila diberi penghormatan tersebut.

5. Keseluruhan sumbangan penaja seperti Nabies Collections (pelamin dan canopy), Mubari (pentas), KRU Events (sistem suara), Shenaz D'Wangga (Baju untuk mempelai), Lewre (kasut untuk mempelai), The Diamond House (Barangan kemas), Mc' Donalds (makanan untuk krew dan jemputan), Coca cola (minuman untuk krew dan jemputan) dan Rooslina (kek) dianggarkan bernilai lebih RM500,000.


Ini hanyalah beberapa keping daripada beratus gambar yang kami siarkan






















TRAGEDI..!!!!



TRAGEDI..!!!!



TRAGEDI..!!!!



TRAGEDI..!!!!



All photos copyright myartis.com