Jumaat, 7 Oktober 2011

SEMBILAN RAHSIA NORMAN HAKIM


Apakah rahsia Norman Hakim? Kalau nak tahu... jom imbas kembali sembilan rahsia peribadi Norman yang pernah disiarkan oleh myartis pada tahun 2004.




1 - Rahsia saya yang pertama ialah tentang tidur, sebelum tidur saya wajib membaca, sekurang-kurangnya satu pengetahuan tentang dunia dan satu pengetahuan tentang akhirat. Pada saya ilmu itu penting dan saya perlu menambahkan satu ilmu setiap satu hari.

2 - Kalau bab aksesori pula, saya gemar mengumpul cermin mata, selalunya saya suka yang pelbagai corak dan juga warna. Pada saya harga tak penting asalkan saya rasa puas bila memakainya. Setakat ini saya ada lebih dari 30 pasang cermin mata pelbagai bentuk.

3 - Biasanya kalau ada masa terluang saya gemar lakukan aktiviti kemasyarakatan terutamanya politik. Sebenarnya saya memang minat bab politik ni, Insya-Allah kalau diterima masyarakat saya menyimpan cita-cita bergelar wakil rakyat satu hari nanti.

4 - Binatang yang paling saya takut ialah tebuan, nampak aja pasti saya terus cabut lari. Bukannya apa saya pernah disengat 21 ekor tebuan masa kanak-kanak dulu... bersabung nyawa jugalah ketika itu.


5 - Kalau nak tahu makanan kegemaran saya ialah sup ekor, entahlah... saya seakan jadi gian... kalau sehari tak makan rasa seperti hari itu tak sempurna pula. Untuk kesihatan badan, saya amalkan makan multi vitamin setiap hari supaya badan saya tidaklah terlalu letih dengan kerja seharian. Di samping itu kalau ada masa terluang saya akan lakukan senaman ringan seperti berjoging atau pergi gim.

6 - Walaupun lelaki... saya sebenarnya turut pentingkan perjagaan muka. Bukan apa, sebagai pelakon saya sentiasa terdedah pada cahaya matahari dan habuk menyebabkan kuman melekat di wajah. Jadi untuk membersihkannya saya gunakan pencuci muka yang bersesuaian.

7 - Tabiat yang tak boleh saya tinggalkan ialah, suka menggosok mata apabila saya terlalu banyak berfikir. Ada kalanya tu saya sendiri pun tak sedar dah berapa lama saya berbuat begitu sehinggalah ada orang lain yang menegur.

8 - Kalau nak tahu saya suka merenung wanita kerana mata dan senyumannya. Pada saya senjata utama wanita ada di situ, kerana saya mudah terpikat dengan renungan dan senyuman. Saya tak tahu nak kata yang macam mana saya suka, tapi biasanya mata saya yang akan menentukan bila saya merenung seseorang wanita.

9 - Rahsia saya yang terakhir ialah bab minuman. Bukannya apa, sebagai pelakon dan penyanyi penjagaan terhadap suara penting. Biasanya saya gemarkan fruits punch. Di samping melegakan tekak ia juga mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita.