.
Akhirnya Kumpulan PopShuvit berjaya memenangi Anugerah Kembara dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-15 di PWTC. Namun, bukan mudah untuk mereka berjaya seperti sekarang... ia sebenarnya memerlukan banyak pengorbanan dan ketabahan. Myartis merupakan media online pertama yang menyiarkan lagu-lagu promo kumpulan ini termasuk catatan persembahan mereka di Jepun pada 2005. Jom imbas!!
VIDEO KLIP GAMBAR2 PERSEMBAHAN DI JEPUN:
.
.
photo & video copyright myartis 2005-2008
.
.
Sabtu, 2008 Mei 03
NOSTALGIA POPSHUVIT
NOSTALGIA PARTI CIT CAT 2004
.
Azwan Ali Productions (AAP) telah menganjurkan 'parti Cit Cat Ulang Tahun ke 5', yang menampilkan artis-artis seperti Datuk Sharifah Aini, Amy Mastura, Ella, Ezlynn, Erra Fazira, Ruffedge, Nora, Vince, Liza (AF), Azza (AF), Nija (AF), Adi (AF), Azizi (AF), Sahri (AF), Juliana Banos, Umie Aida, Maria Farida, Aleeza Kassim, Chef Wan, Sheila Rusly, Raja Azura, Norlia Ghani, Rosnah Mat Aris, Jaafar Onn, Lousia Chong, Zul Yahya, Zami Ismail, Sharifah Shahira, Siti Nordiana, Achik Spin, Elyana, Syura, Hetty Sarlene, Naufara, Boboy, Flop Poppy, X-Factor, Phye Ballerz, Hazami, Fazley, Azharina, B'yu, Nurfatimah, Elly Mazlien, Exists, Bintang-bintang Astana Idaman dan ramai lagi.
Tapi itu dulu, kini program Cit Cat Azwan Ali boleh dikatakan tinggal kenangan sahaja... Myartis sempat merakamkan majlis pelancaran program itu di Hotel Mutiara, Kuala Lumpur... ala-ala Ziana Zain lagi..!! Jom imbas!
.
.
video copyright myartis 2004-2008
.
.
Khamis, 2008 Mei 01
WEDDING OF THE YEAR 2003
.
Hampir 3 juta pelawat melayari laman myartis dalam masa dua hari semata-mata untuk menatap beratus gambar eksklusif persandingan Erra dan Yusry. Lebih istimewa, myartis merupakan media pertama yang menyiarkan gambar-gambar tersebut pada hari yang sama sebelum ianya disiarkan oleh TV, akhbar dan majalah... Jom imbas..!!
CORAT-CORET:
1. Peminat Erra telah datang ke Tasik Permaisuri sejak jam 10 Pagi. Antara mereka ada yang datang dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.
2. Hujan lebat telah turun sejak jam 3.20 Petang hingga 5.40 Petang. Kira-kira 6,000 peminat dilihat tidak berganjak meskipun terpaksa basah kuyup dan ada yang kerugian kerana telefon bimbit, kamera dan barangan lain rosak dimasuki air.
3. Pada jam 5.55 Petang, Erra dan Yusry muncul menuju pentas persandingan sekaligus membuat suasana hingar-bingar tidak terkawal. Ada kalangan peminat yang hampir pengsan akibat dihimpit ribuan peminat lain yang terlampau ghairah.
4. Beberapa orang peminat yang bernasib baik telah diberi peluang menepung tawar Erra dan Yusry. Ada antara mereka yang kelihatan menangis kerana terlalu gembira apabila diberi penghormatan tersebut.
5. Keseluruhan sumbangan penaja seperti Nabies Collections (pelamin dan canopy), Mubari (pentas), KRU Events (sistem suara), Shenaz D'Wangga (Baju untuk mempelai), Lewre (kasut untuk mempelai), The Diamond House (Barangan kemas), Mc' Donalds (makanan untuk krew dan jemputan), Coca cola (minuman untuk krew dan jemputan) dan Rooslina (kek) dianggarkan bernilai lebih RM500,000.
Ini hanyalah beberapa keping daripada
beratus gambar yang kami siarkan









TRAGEDI..!!!!
TRAGEDI..!!!!
TRAGEDI..!!!!
TRAGEDI..!!!!
.
.
Photo copyright myartis 2003-2008
.
.
NOSTALGIA JACLYN VICTOR
.
Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, atau nama glamornya Jaclyn Victor kini sudah bergelar penyanyi popular. Di awal kemunculannya pada 2004, dia sedikit malu-malu dan kurang lancar apabila menjawab soalan wartawan. Jom imbas persembahan Jac ketika pihak 8TV mempromosikan finalis Malaysian Idol yang pertama...
.
.
video copyright myartis 2004-2008
.
.
Selasa, 2008 April 29
NOSTALGIA ANUAR ZAIN
.
Dari awal pembabitannya hingga sekarang... tiada penyanyi lelaki yang mampu menandingi kehebatan vokal Anuar Zain. Oleh itu, tidak hairanlah jika penyanyi bersuara emas itu memenangi kategori Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2008 baru-baru ini.
Video ini disiarkan di laman myartis pada tahun 2002 ketika Anuar menerima Anugerah Cakera Emas di Planet Hollywood, Kuala Lumpur kerana penjualan album melebihi 50,000 unit. Jom imbas!!
.
.
video copyright myartis 2002-2008
.
.
Isnin, 2008 April 28
NOSTALGIA NURSHAHILA
.
Nurshahila Amir Amzah, 18, akhirnya berjaya menggenggam gelaran penyanyi terbaik dunia pada Penang Shanghai World Star Guest (PSWSQ) 2008. Di awal kemunculan Shahila, pelbagai pahit manis terpaksa dilaluinya... myartis sempat merakamkan kemunculan penyanyi genit itu pada tahun 2004 ketika majlis pelancaran album pertamanya di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur.
.
.
video copyright myartis 2004-2008
.
.
NOSTALGIA FASHA SANDHA
Video ini dirakam oleh myartis pada tahun 2004... ketika Fasha Sandha dilepaskan oleh pihak polis atas dakwaan dadah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori. Sebaik dibebaskan, Fasha kemudian telah membuat sidang akhbar di Astro bagi membersihkan namanya sambil menunjukkan surat sokongan polis yang mengatakan dia dibebaskan tanpa syarat!
Bila melihat video ini kembali, terasa begitu pantas masa berlalu... malah Fasha juga kini sudah berada dipuncak populariti. Ayuh kita imbas kembali..!!
.
.
video copyright myartis 2004 - 2008
.
.
