Rabu, 12 Oktober 2011

DOKTOR SAHKAN DAYANG NURFAIZAH DAH MATI..!!


Benarkah Dayang, 30, atau nama penuhnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty pernah disahkan mati? Jika ya... kenapa? Jom imbas kembali Romantika hidup Dayang yang pernah disiarkan oleh myartis pada tahun 2004.




Penyanyi popular Dayang Nurfaizah, tidak menyangka bahawa sewaktu dilahirkan dia pernah disahkan oleh doktor meninggal dunia.

"Menurut cerita ibu (Nona Narawi), kelahiran saya merupakan satu keajaiban. Waktu tu, saya telah disahkan oleh doktor meninggal dunia ketika berusia sembilan bulan (dalam kandungan).

"Masa dipaksa bersalin tu... kata ibu, kandungannya tidak mempunyai sebarang tindak balas. Memang, awalnya ibu turut percaya kandungannya itu sudah sudah tidak bernyawa lagi.

"Walaupun sedih, kata ibu dia sedikitpun tidak menangis, sebaliknya berserah pada Tuhan.

Apa yang dia harapkan hanyalah keadaan saya yang sempurna agar dia dapat menatap wajah saya buat kali terakhir.

"Seterusnya, setelah berjaya dikeluarkan, saya diciumnya beberapa kali dengan penuh kasih sayang, sebelum diserahkan kepada doktor. Ibu berkata, dalam hati dia tidak putus berdoa agar suatu masa kelak dia akan bertemu saya semula di syurga.


"Namun, Kebesaran Tuhan tiada siapa yang menjangka bila beberapa jam kemudian, saya tiba-tiba hidup semula. Tangisan saya sesungguhnya telah mengejutkan banyak pihak termasuk doktor yang mengatakan saya telah meninggal di dalam perut.

"Keajaiban yang tidak disangka-sangka itu telah membawa sinar ceria dalam hidup ibu saya. Ekoran itu juga, saya diletakkan di bawah rawatan rapi kerana bimbang sesuatu akan terjadi sekiranya tidak diberi perhatian khusus.

"Hanya, setelah disahkan sihat sepenuhnya, barulah saya dibawa pada ibu untuk disusukan. Dan sejak itu, saya tidak mempunyai masalah sampingan hingga terus membesar seperti kanak-kanak lain.

"Sesungguhnya, peristiwa tersebut seperti mati hidup semula. Kata ibu, mungkin segala yang berlaku adalah kehendak Ilahi yang ada hikmah di sebaliknya.

"Dalam hal ini, ibu tidak menyangka di sebalik kesedihannya menerima berita kematian saya, rupa-rupanya ada berita gembira yang menyusul.

"Malah kata ibu, sejak kecil saya langsung tidak mempunyai sebarang penyakit seperti demam, batuk dan sebagainya. Malah sayalah yang paling senang dijaga berbanding adik-beradik yang lain.